aku mahu benar menjadi seorang jurulatih atau coach dalam bahasa penjajah.terfikir aku hendak menjadi coach apa? Sebenarnya aku tidak kisah menjadi coach apa pun.asalkan aku boleh melatih pasukan aku sehingga menjadi satu pasukan yang boleh dibanggakan atau mungkin juga melatih seorang lagi marion jones versi bebas drp dadah.
persoalannya,adakah ini satu cita-cita,angan-angan mungkin juga mimpi? jawapan untuk persoaalan ini sudah pasti adalah takdir yang ditentukan olehNYA untuk masa depan aku kelak.Aku sendiri tidak pasti jawapan yang tepat untuk persoalan tersebut.biarkan saja yang Esa menentukannya untuk aku.sekarang aku usaha sahaja.
tapi..jika menjadi kenyataan dan ditakdirkan aku menjadi seorang coach.aku mahu menjadi coach yang terbaik.bisa memahami apa yang penting untuk pasukan.
1. aku nak pasukan aku berdisplin di dalam dan di luar gelanggang.sudah pasti pakaian yang kemas tapi bukan la terlalu skema macam ulat buku.gaya mesti macam juara." if you want to be a champions,so act like a champions." terngia-ngia lagi suara Samuel L. Jackson sebagai Thomas Carter dalam drama Coach Carter.
2. kalau latihan start pukul 8.00pagi,7.50 pagi dah dikira lambat.oleh itu sapa yang lambat akan didenda buat bleep running selama sama tempoh dia lambat sampai untuk latihan.boleh ja nak mai lambat latihan.aku skit pun tak kisah,ok.
3. kalau pasukan menjadi juara,semua ahli pasukan adalah juara.kalau sorang ahli pasukan bersikap kurang ajar atau tak patuh pada arahan..akan menang awrad 200 kali push up.kalau degil lagi akan digandakan awrad itu.yang pasti semua ahli pasukan kena tanggung.oleh itu,pandai-pandailah jaga akhlak/sahsiah.
4. pencapaian akedemik akan aku ambil berat sgt! kalau aku berjaya menjadikan pasukan aku juara di gelanggang tapi tak berjaya menjadikan mereka berjaya dalam bidang akedemik.bagi aku,aku gagal keseluruhannya.aku hendak melihat pasukan aku melangkah masuk ke universiti.pasukan aku mesti mencapai target pencapaian akedemik yang ditetapkan untuk melayakkan mereka menjejak kaki ke universiti.wajib hadir setiap kelas dan duduk di barisan hadapan di dalam kelas.yang penting sekali,dapat pekerjaaan kelak.masa depan mereka adalah tanggungjawab aku.tanggungjawab ini amanah yang mesti dilaksanakan dengan ikhlas dan rela hati demi melahirkan seseorang yang berjaya dengan sahsiah sekaligus.
5. aku akan hormat mereka seperti mana aku hendak mereka hormat pada aku.panggilan encik dan cik aku aku gunakan sebagai tanda hormat aku pada mereka. aku tau bab hormat menghormati ini datang drp hati masing-masing.Mana boleh main paksa-paksa untuk hormat seseorang.aku hendak hormat menghormati ini datang secara semula jadi.tiada paksaan.tak hormat aku,aku tak kisah.tp kalau tak kena gaya,dpt award la.itu saja.
6. kalau pasukan aku perlukan aku,bila-bila masa aku akan cuba berada bersama mereka.mungkin meminjamkan bahu aku untuk mereka menbasakan baju aku.mana tahu,mungkin mereka memerlukan juga kedua belah telinga capang aku untuk mendengarkan kisah dongeng atau sadis,mungkin juga kisah sedih mereka.aku pastikan mereka selesa bersama aku.tak akan ada terlalu luas jurang aku bersama mereka.aku mahu juga menjadi sahabat mereka.itu pun kalau mereka sudi.kan? terserah.tapi,masa latihan aku tetap coach bukan kawan. =) ok.
boleh dikatakan sembilan puluh sembilan perpuluhan sembilan peratus aku terpengaruh dengan movie coach carter.besa la,aku dari kecik sampai sekarang aku suka nak jadi macam-macam.aku tengok Third Watch aku nak jadi paramedik mcm Carlos.aku tgk csi las vegas aku nak jadi forensik macam Sanders.aku tgk 27dressers aku nak jadi pengapit macam watak utama dia tuh.(aku lupa nama watak tuh,tp part aku plg suka dlm movie tuh time watak utama pergi ke bar ngan wartawan perkhawinan nyanyi sambil mabok-mabok.be..be..be..benny on the jet plane.!)aku tgk Zorro aku nk jadi Antonio Banderas plak.haha.(sukan pedang aku minat,mugkin sbb tuh aku nak jadi zorro gamaknya.) aku tgk Ladder 49 aku nak jadi bomba pulak..nak mati sebagai heroin yang berjasa selamatkan orang.aku tgk Chuck aku nak jugak jadi secret agent.lucu! aku tgk macam-macam movie,drama siri, sebagainya..aku nak jadi macam-macam woh.kalau la dunia ini mudah saja aku capai apa yang aku nak jadi.kan bagus? kalau? kalau la kan.benci betoi kalau! sbb memang tak akan berlaku.jadi..hentikan menggunakan impian yang bermula dengan kalau.Sampai saat ini,aku tak pasti aku mahu jadi apa.aku tiada cita-cita tapi aku ada harapan ibu bapa yang perlu aku tunaikan.setakat ini aku nak jadi coach carter.cukup la yang tuh dulu.nanti banyak-banyak sangat aku nak jadi satu pun tak jadi.